Ramadan merupakan bulan di mana segala perbuatan kita perlu dijaga dengan lebih teliti kerana banyak perkara yang boleh membawa kepada kehilangan pahala puasa kita. Ini termasuk sekali dalam soal fesyen dan menutup aurat. Apa guna kita berpuasa tetapi tidak menutup aurat dan mengekalkan modesty sepanjang masa.

Namun, ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya dan stail kita. Disini ada beberapa panduan  untuk kekal bergaya sepanjang Ramadhan.

Lilitan hijab

Dek kerana mahu cepat dan ringkas, ramai yang gemar mengenakan shawl instant atau semi-instant. Terdapat banyak cara yang mudah untuk melilit shawl tetapi kekal chic dan tidak rumit.

Kaftan

Jika anda tidak mahu memilih jubah sebagai busana sopan di bulan ramadan, ayuh cuba kaftan! Ia bukan sahaja labuh dan longgar, malah ia lebih elegan dan juga lebih banyak variety untuk dipilih dan digayakan mengikut kesesuaian stail anda.

Dres flowy

Bila masa lagi anda mahu gayakan dres flowy yang anda miliki kalau bukan sekarang? Jika lengannya 3/4, padankan bersama kardingan atau blazer untuk kekal modest dan sopan.

Jaket bomber

Tahun ini merupakan tahun revival jaket bomber. Gantikan typical kardingan anda dengan jaket bomber untuk kelihatan sedikit edge dan tomboylish.

Attitude yang positif dan humble

Gaya dan stail yang high taste tidak boleh mengalahkan attitude yang positif dan humble. Selalulah ingatkan diri bahawa pemakaian busana bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, ianya bertujuan untuk menutup aurat dan juga memberi impressi baik terhadap diri.

Selamat bergaya di bulan Ramadan. Ingat, stailo dan sopan ya!

Sumber: Hijabista

 

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart