Cara mudah dan murah untuk mengekalkan kecantikan kulit mahupun keseluruhan anggota badan ialah dengan minum air kosong yang mencukupi setiap hari. Senang sangat. Paling-paling kurang sehari 2.5 liter. Bergantung kepada aktiviti harian yang dijalankan.

  1. Air untuk mengekalkan kesihatan kulit

    Pengambilan air kosong yang mencukupi boleh mengelakkan kulit kita menjadi kering dan dehidrasi. Kulit juga akan menjadi lebih anjal serta mengurangkan masalah kedutan sebelum waktunya. Pengambilan air putih yang konsisten akan menjadikan kulit nampak lebih muda dan lebih kesan elastik pada kulit

  2. Air membantu menurunkan berat badan

    Tahukah yang air juga berperanan sebagai pembakar lemak badan secara semulajadi. Air putih juga membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Antara definisi cantik juga sudah tentulah berusaha mendapatkan berat badan ideal dengan ketinggian kita. Oleh sebab itu, jangan lupa minum cukup air putih setiap hari yang membantu mengekalkan berat badan kita.

  3. Air membantu mengurangkan stress 

    Cara paling mudah melegakan tekanan ialah dengan minum segelas air kosong. Air merupakan cara melepaskan tekanan segera yang mudah. Tekanan yang berlebihan boleh menjadikan kulit kita kelihatan kusam dan tidak bermaya.

  4. Air membantu menyingkirkan toksin dalam badan

    Untuk cantik kita tidak perlukan toksin yang berlebihan dalam badan. Toksin yang banyak akan membawa kepada kulit bermasalah. Mulalah jerawat dan bengkak kemerahan-merahan naik pada muka. Air membantu menyingkirkan toksin dalam badan melalui penyahtinjaan serta aktiviti perpeluhan.

  5. Air juga mencegah sembelit

    Masalah sembelit merupakan penghalang untuk cantik. Jika penghadaman tidak sihat, toksin-toksin akan berkumpul dalam badan. Nutrien-nutrien yang diambil juga sukar diserap oleh badan. Ini menjadikan kulit kurang cantik dan mudahlah jerawat naik ke muka.

Banyak kelebihan yang anda akan dapat jika mengamalkan minum air putih yang mencukupi. Somaga tips ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart