1. Gunakan pelembut fabrik

    Pertama sekali,  gunakan pelembut fabrik tidak kisah jenama apa sekalipun. Rendamkan tudung seketika didalam air suam yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci beserta bahan pelembut. Pastikan sabun pencuci tu jenis cecair ye bukan jenis serbuk. Kemudian bilas tudung dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun ataupun kesan pelembut fabrik melekat pada tudung.

  2. Jangan sental terlalu kuat

    Untuk mengelakkan tudung cepat rosak, sebaiknya cuci tudung dengan cara menyental tudung dengan menggunakan tangan atau menggunakan kaedah ramas dengan lembut. Kalau ada kotoran, boleh gunakan berus atau gunakan tangan dan gosok perlahan-lahan sampai kotoran hilang pada tudung.

  3. Jangan menggunakan mesin basuh

    Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung.

  4. Tidak terdedah dengan cahaya matahari terik

    Memang cepat kering kalau sidai tudung bawah cahaya matahari terik. Tapi kena beringat, tudung yang disidai di bawah cahaya matahari akan menyebabkan warna tudung cepat pudar. Jadi, sidai di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung.

  5. Gosok tudung dengan suhu yang sesuai

    Disebabkan jenis fabrik tudung ada pelbagai jenis, anda perlu tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tudung tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan silk kainnya memang lembut, jadi kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk elakkan tudung terbakar.

  6. Simpan dengan betul

    Ada banyak cara untuk menyimpan tudung. Ada yang guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, ada yang lipat dan susun elok dalam almari atau laci mengikut jenis-jenis tudung. Pastikan caranya simpannya betul mengikut jenis tudung yang anda ada. Kalau jenis bawal dan shawl seeloknya lipat sahaja. Tetapi kalau tudung sarung  sebaiknya gantung untuk elakkan awning elok berbentuk.

 

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart