Trend Baju Raya 2018 Dan Ini Yang Mengujakan!

 

Nampaknya, banyak dah jenama-jenama tempatan kat luar sana tu keluarkan koleksi baju raya istimewa untuk tahun 2018…

Jovian Mandagie, Kree, Rico Rinaldi, Alia Bastaman dan banyak lagi! Semuanya dah ligat mempromosikan rekaan baju raya mereka namun, apa yang menarik perhatian penulis, rata-rata jenama fesyen tempatan ini mengeluarkan rekaan Aidilfitri yang agak klise dan kelihatan lebih kurang sama.

Tetapi, tidaklah semua begitu kerana adal juga pereka fesyen yang bijak menerapkan pembaharuan untuk memperkasakan sinergi gabungan klasik dan moden bagi setiap helaian yang dihasilkan.

Mungkin kebanyakan pereka mengetengahkan rekaan yang diinspirasikan dari musim bunga, dan ini pendapat peribadi penulis tentang trend baju raya 2018.

#1 Kain Bunga-Bunga

Boleh kata, memang banyak pereka fesyen popular tempatan memanfaatkan corak cetakan floral pada helaian-helaian eksklusif untuk Aidilfiitri 2018 ni.

Dari kiri: Petra, Rico Rinaldi dan Syomirizwa Gupta.

#2 Masih Lagi Peplum

Seperti biasa, peplum masih berada dalam carta! Tak lapuk dek zaman, biarpun potongan peplum ini sudah digayakan sejak zaman Primadona Saloma, kini pereka lebih bijak menerapkan elemen moden seperti lipatan fabrik unik serta ikatan riben pada keliling pinggang untuk cetus fenomena elegan.

Dari kiri: Rico Rinaldi, Kree dan Lubna. Foto -Wanista

#3 Sensasi Ropol

Ropol secara tidak langsung bisa memberi aura feminin buat si pemakai. Jika anda mahu kelihatan sperti diva, busana beropol adalah paling tepat.

Dari kiri: Petra, Zaimi Zulkafli dan Kree. Foto -Wanista

#4 Taburan Manik!

Masih lagi menjadi pilihan kebanyakan pereka untuk koleksi Aidilfitri tahun ini. Taburan manik berjaya buat busana yang polos seraya menjadi mewah!

Dari kiri: Rico Rinaldi, Ezzati Amira & Jovian Mandagie. 

#5 Lebihan Fabrik

Untuk insan yang berjiwa eksentrik dan berani mencuba. Ini ada pilihan istimewa yang diketengahkan oleh pereka buat mereka yang tidak sukakan kurung klise. Perincian lebihan fabrik boleh dilihat sebagai artistik.

Dari kiri: Ziami Zulkafli, Ezzati Amira dan Rico Rinaldi

#6 Kebaya & Kebarung Kembali ‘Bernyawa’

Khas untuk mereka yang memiliki jiwa sebagai perempuan Melayu terakhir.

Dari kiri: Syomirizwa Gupta, Kree dan Ziami Zulkafli

#7 Lengan Kembang Semangkuk!

Jika anda beraya di kota, busana dengan potongan lengan besar sebegini mesti nampak berkelas. Tetapi jika anda adalah perempuan yang akan banyak menghabiskan masa di dapur menjamu tetamu… better don’t. Hehe

Dari kiri: Lubna, Kree dan Zalia. Foto -Wanista

#8 Kurung Pendek

Baju kurung kedah begini bisa dipakai mereka yang berbadan genit. Pasti kelihatan comel seperti perempuan-perempuan dahulu kala.

Dari kiri: Rico Rinaldi, Tom Abang Saufi dan Jovian Mandagie

#9 Stail Kimono

Buat wanita sensual, busana dengan potongan kimono ini boleh menggantikan kebaya.

Mereka yang berbadan besar tapi teringin memakai kebaya boleh cuba gayakan kimono kerana pinggang bajunya bisa dilaras dengan ikatan tali.

Dari kiri: Jovian Mandagie, Afiq M dan Lubna. Foto -Wanista

Dah tahu fesyen baju raya macam mana yang korang nak beli nanti?

Buat pilihan yang bijak tau! ❤

 

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart